Tuesday, September 21, 2010

Mimpi



Petang tadi saya mimpi mak lagi..
Setiap kali saya rindu atau susah hati..
Mak pasti datang dalam mimpi saya...
Mak muncul dalam mimpi saya seolah-olah cuba menenangkan saya..
Beritahu saya supaya lebih tabah dan kuat menempuh hari mendatang..
Dalam mimpi saya mak tidak bersuara tapi hanya tersenyum..
Mak akan tersenyum dan memeluk saya..
Sukanya saya lihat senyuman mak itu..
Rindunya saya pada senyuman itu..
Rindunya saya pada pelukan mak..
Bila saya terjaga..
Mata saya basah..
Cuba kembali memejamkan mata..
Tak puas rasanya bertemu dengan mak..
Namun, hampa..

Lantas..
Saya bangun dari tidur dan terus solat..
Seusai solat, yassin dibaca dan saya niatkan untuk mak..
Itulah hadiah saya untuk mak setiap kali selepas solat..
Usu nak mak bahagia di sana..
Hanya itu sahajalah yang dapat menghubungkan kasih sayang antara usu dan mak..

Al-Fatihah utk bonda tercinta..Hjh. Tasinam bt. Hj. Abd. Rahman..
Mudah-mudahan mak sentiasa berada disisiNya..Amin..


No comments:

Post a Comment