Wednesday, September 15, 2010

Anak Murid Saya

Assalammualaikum w.b.t..
Sempena Hari Raya Aidilfitri pada esok hari
Saya Mohammad Faizreen bin Azman
Menyusun 10 jari
Memohon ampun dan maaf kepada cikgu
Jika saya ada terkasar bahasa
Terlebih gurau
Tak buat kerja cikgu & apa yang sewaktu dengannya
Halalkan makan minum saya
Saya minta cikgu halalkan ilmu yang cikgu berikan kepada saya selama ini
Supaya ilmu yang cikgu beri berkat untuk saya
Saya harap cikgu doakan saya untuk kecemerlangan saya
Dalam SPM nanti dan dalam hidup saya
Terima kasih sangat cikgu!!
Saya ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Bersama Family yang disayangi
Jangan lupa duit raya untuk saya
Jemput datang rumah ye cikgu

Sangat manis bukan!!

Faizreen ialah murid saya semasa saya menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di SMKDMYS.
Murid dari kelas 4 Budiman. Dia memang tak pernah lupa mengirimkan SMS setiap kali Syawal.Terima kasih Faizreen kerana sentiasa ingat pada cikgu.

No comments:

Post a Comment