Wednesday, September 15, 2010

Majlis Khatam Al-Quran & Infaq Ramadhan SKAM 2010

Majlis Khatam Al-Quran & Infaq Ramadhan SKAM 2010 telah diadakan pada 3 September 2010. Bertempat di Dataran Ilmu, SK. Air Molek. Dengan Tema 'AGAMA DIHAYATI, AKHLAK DIBAIKI' majlis berjalan dengan lancar.Walaupun pada mulanya majlis terpaksa ditunda kerana cuaca tidak mengizinkan.

Majlis yang bermula pada pukul 10 pagi itu dimulakan dengan perarakan murid-murid khatam Al-Quran. Selepas murid-murid mengambil tempat, majlis khatam Al-Quran pun bermula.Tenang rasa hati ini mendengar anak-anak SKAM mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.


Seusai majlis khatam Al-Quran, majlis diteruskan dengan Majlis Infaq Ramadhan SKAM 2010. Guru Besar dan PK1 mewakili guru-guru SKAM menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim,murid-murid miskin dan pekerja-pekerja swasta SKAM.


Sebelum majlis sampai ke penghujung, pengagihan naskah Al-Quran dan cenderamata kepada murid-murid tahun 1-6 dijalankan sempena program 1 Murid 1 Al-Quran.

Alhamdullillah..semuanya berjalan dengan lancar.

Al-Fatihah utk bonda tercinta..Hjh. Tasinam bt. Hj. Abd. Rahman..
Mudah-mudahan mak sentiasa berada disisiNya..Amin..


No comments:

Post a Comment