Wednesday, October 13, 2010

Hari Graduasi UTHM



Hari ahad lepas ke konvo anak saudara sulung saya di UTHM, Batu Pahat..
Ya, anak saudara sulung saya sudah pun bergraduasi..
Saat ini saya rasakan saya semakin tua..Ya, saya perlu sedar tentang itu..
Teringat pula saya pada hari graduasi saya di USM dulu..




Sedih sebenarnya hati saya untuk ke majlis konvo ini..
Teringat pada mak yang teringin sangat ke konvo cucu sulungnya..
Berkali-kali dia menyatakan hasrat ingin ke konvo ini..
'Mak nak sihat, mak nak pergi konvo usu dan nor nati', itu kata-kata mak..

Tapi saya perlu senyum dan gembira..
Perlu meraikan saat-saat gembira anak saudara saya ini..
Dia berhak gembira setelah empat tahun bersusah payah mendapatkan segulung ijazah..

Semasa solat di masjid UTHM, terlihat wanita sedang membaca yassin..
Menitis air mata saya, terkenang mak..
Mak selalu membaca yassin tak kira dimana sahaja..
Kalau mak ada saat ini, pasti mak juga begitu..
Sambil menunggu majlis graduasi cucunya selesai..
Akan duduk di sini membaca yassin..
Ya ALLAH..andai mak masih ada..

Ketika melihat kakak dan abang ipar saya melangkah keluar dari dewan..
Saat itu, air mata saya memang tidak boleh ditahan lagi..
Tercari-cari kelibat mak yang takkan mungkin berada di situ..
Cuba melihat ke arah lain..Tapi dilihati juga oleh yang lain..
Saya menyebabkan mereka juga mengalirkan air mata..
Terukkan saya..

Apapun..
Hidup perlu diteruskan..kepada anak saudara saya..
Selamat bergraduasi..Moga-moga niat untuk membuat master dipermudahkan..Amin..









No comments:

Post a Comment