Monday, October 25, 2010

Sedih lagi

Saya sedih sebenarnya hari ini..
Hari ini genap 3 bulan mak pergi tinggalkan kami..
Rindu sangat pada Mak sampai jatuh air mata..sepanjang balik ke rumah dari sekolah..tak henti-henti sedekahkan al-Fatihah pada Mak..selawat..mengadu pada Allah..kalau boleh tak nak menangis bila teringatkan Mak..takut nanti Mak pun sedih..selepas solat..baca yassin untuk Mak..hanya ini sahaja bentuk hadiah dan tanda kasih sayang yang mampu usu diberi untuk Mak..


"Ya Allah, ampunkan dosa Mak, cucurilah rahmat ke atas rohnya, hapuskanlah seksa kuburnya kerana sesungguhnya Mak org yang paling agung. Mengasihani kami dari kecil, mendidik dan mengasuh. Mengorbankan diri bertarung nyawa melahirkan anak-anaknya. Sanggup mengikat perut asalkan anak-anak berjaya dan gembira. Dengan seikhlas hati. Berkat doa mak dan abah kepada-Mu, anak-anak Mak dan Abah semuanya berjaya. Semuanya mempunyai kehidupan yang sempurna. Berkat didikan dan kasih sayang Mak dan Abah. Cucurilah rahmat ke atas roh Mak, Hjh Tasinam Binti Hj. Abd Rahman..Amin.."

No comments:

Post a Comment