Saturday, October 16, 2010

Kerisauan

Saya tak balik kg minggu ni..
Bukan sebab perlu menghadiri mana-mana kursus atau balik ke rumah kakak di Bangi atau di Seremban tapi atas permintaan abah sebab khuatirkan saya selepas kejadian kemalangan bas berhampiran tol Simpang Ampat Melaka..
Abah risau saya berulang-alik memandu dr Johor ke Melaka..Lagipun saya masih kurang sihat..

Bercerita mengenai kemalangan bas ekspress tersebut membuatkan saya berfikir..
Jika kita berhati-hati sekali pun, kecuaian dari orang lain boleh menyebabkan kita terlibat sama..
Memang ngeri bila difikir-fikirkan..




Teringat masa2 saya belajar di USM dulu..
Saya adalah penumpang setia bas K (bukan nama bas sebenar)..Apa yang saya perasan..Pada waktu malam..bas-bas ini akan dipandu sangat laju..mahu sahaja saya pulas telinga pemandu bas itu supaya memandu dengan perlahan dan berhati-hati..Mujur selama tiga tahun saya berulang-alik dari Johor ke Penang..tiada perkara buruk berlaku..Alhamdulillah...

Semasa balik ke Melaka pada minggu ke lepas kakak dan abah asyik 'call' tanya keadaan saya..Lambat saya sampai ke rumah pada hari itu..Apa taknya, byk kali saya berhenti di R&R..Mula-mula mengisi angin tayar lolavy comel saya..saya ulangi mengisi angin tayar..huhu..saya sudah pandai mengisi sendiri angin pada tayar kereta saya..keempat2 tayar kereta saya pam..terasa mahu sahaja saya menolong jejaka di belakang kereta saya yang sedang menunggu giliran untuk mengepam tayar keretanya..

Kemudiaan saya berhenti lagi untuk mengisi minyak..mesti tertanya-tanya kenapa tak isi sekali masa pam tayar tadi..betul tak??sebab tadi saya pam tayar di Petronas..Lolavy kesayangan saya tu hanya mahu diisi dengan Shell sahaja..Sangat manja bukan..Kemudian berhenti lagi untuk beli bubur untuk makan malam..Huhu..tak pernah saya berhenti rehat sebanyak ini..Selalunya saya akan memandu 'straight' dari Johor ke Melaka tanpa henti..

Perasan diri sudah lambat..saya pun 'exit' di tol Jasin/Merlimau..
Pengajaran buat diri saya : Saya takkan 'exit' di tol Jasin/Merlimau selepas pukul 7..
Pengalaman mengerikan buat saya..Tak perlulah saya ceritakan kenapa..
Tapi alhamdulillah..saya dapat sampai di rumah dengan selamat..


No comments:

Post a Comment