Friday, October 8, 2010

Demam+Selsema+Sakit Tekak


Sejak petang semalam tekak saya rasa kurang selesa..
Kemudian, saya bersin dengan kerap..
Hasilnya saya demam pagi ni..
Tapi masih ke sekolah..
Walaupun badan terasa lenguh-lenguh..
Dan saya selsema pagi ini..

Sehinggakan ada anak murid saya menegur..
'Cikgu, kenapa hidung cikgu merah?'
Dan yang paling membuatkan saya terharu..Anak murid saya yang agak nakal di 5 Kenanga menegur saya..
'Cikgu sihat?'
'Cikgu demam', kata saya..
'Kesiannya cikgu..weh2..cikgu demam la',katanya sambil memberitahu kawan-kawan yang lain..
Rasa hendak menangis bila disaat-saat kurang sihat begini ada yang prihatin..

Habis sahaja waktu sekolah, saya singgah di 7e..
Ingatkan mahu membeli aiskrim vanilla..katanya blh melegakan tekak..
Tetapi tak jadi atas beberapa sebab..Lantas saya mencapai strepsil..
Sampai sahaja di rumah, saya terus merehatkan badan..

Saya tidak suka selsema..Bila selsema..kepala saya akan pening..
Susah nak bernafas dan kalau nak solat pun tidak boleh khusyuk..
Perlu tergesa-gesa kerana mukus di dalam hidung saya akan meleleh keluar (agak teruk bunyinya bukan)..

Kawan saya kata kalau tak mahu makan ubat tak apa (sungguh memahami..saya terharu)
Tapi perlu makan nasi..
Sakitnya tekak saya ni..boleh ke menelan makanan..
Jadi, saya pun masak bubur dan makan bersama sup..



Itu pun hanya sedikit saya makan..
Selsema ini memang betul-betul mematahkan selera saya..
Segala yang ditelan terasa tawar..
Lagipun, saya makan berseorangan..
Terasa sangat susah nak menghabiskan sepinggan bubur tu..
Kalau housemate saya ada,pasti dipaksanya saya menghabiskan bubur itu..



Ukaylah..saya mahu tidur..perlu letak tuala basah di kepala..
Terasa badan kembali panas..
Rindunya saya pada mak di saat ini..
Sangat-sangat rindu..
Doakan saya cepat sembuh ya..

Al-Fatihah utk bonda tercinta..Hjh. Tasinam bt. Hj. Abd. Rahman..
Mudah-mudahan mak sentiasa berada disisiNya..Amin..



No comments:

Post a Comment