Jerebu??!!..Ya, Melaka sangat jerebu hari ini..
Bayangkan..dalam kelas pun berjerebu..
Hinggakan anak murid saya bertanya kepada saya..
'Cikgu..kenapa dah tengah hari pun kabus ni tak hilang-hilang?'
Terpaksalah saya menerangkan ianya bukan kabus tetapi jerebu..
Tetiba sahaja kelas Bahasa Melayu saya bertukar kepada kelas Sains sebentar bila saya mula menerangkan bagaimana fenomena tersebut berlaku..Terdiam anak-anak 3 Kemboja mendengar penerangan saya..
Jangan salah fakta sudahlah..habislah terpesong fahaman mereka nanti..gelak*
Bila jerebu..suasana jadi kabur dan tidak selesa..
Bayangkanlah..sewaktu saya balik ke rumah..
Kira-kira jam 2:45 petang..jarak penglihatan sangat terbatas..
Perlu berhati-hati melihat kereta dihadapan dan perlu 'alert' dengan lampu isyarat..
Dalam berhati-hati tu, teringat saya pada tanda-tanda kiamat iaitu keluar asap dari muka bumi..Insaf sebentar saya..Dalam keadaan jerebu ini, ada juga segelintir masyarakat yang tidak peka dan masih membakar sampah..Mahu sahaja saya memberhentikan lolavy saya dan memberi sedikit taklimat kepada mereka tentang pembakaran terbuka yg sedang dilakukan dan kesannya kepada alam sekitar..tapi bila difikirkan balik, mahu sahaja saya di'hambat' dengan penyapu nati..terus sahaja saya membatalkan niat suci saya untuk menyelamatkan dunia..
Pagi ini..masuk sahaja 3 Kemboja..perkataan pertama yang saya dengar dari mulut anak murid saya ialah 'Kolam'..Kolam?? ada apa dengan kolam?? kolam apa?? Semua bercerita tentang kolam..tak menyempat saya hendak memberi salam..Rupa-rupanya, kolam yang dimaksud mereka ialah 'waterpark'..
Macam-macam rancangan mereka..memujuk saya untuk pergi ke 'waterpark'..
Masing mengelilingi saya dan bercerita itu dan ini..
Tersenyum saya melihat gelagat mereka...
Pagi ini bukan sahaja topik 'kolam' yang dibicarakan oleh mereka..
Tetapi juga tentang 'coklat'..dan yang bestnya...
Saya dapat coklat daripada anak murid saya..
Terima kasih kepada Nabil dan Sharmin...
Mereka sangat manis semanis coklat yang mereka beri pada saya..
Itu baru 3 Kemboja..Masuk sahaja ke kelas 1 Teratai..
Lain pula ceritanya..Masuk sahaja 1 Teratai saya disapa oleh suara Syafizat..
'Salam cikgu..salam cikgu...'
Bila saya menoleh kearahnya..
Syafizat menghulurkan tangan kucing pada saya..terkejutnya saya...
Mana dtgnya kucing ni??? Seekor anak kucing di dalam dakapan Syafizat..
Mereka kata mak cik kantin yang beri kucing ini pada Syafizat..
Bertambahlah anak murid saya hari ini..
Tergelak saya dengan kelakuan Syafizat hari ini..
Satu tangannya memegang kucing..satu lagi membuat tugasan yang diberikan oleh saya..
Dan hampir membuatkan saya menjerit bila Syafizat memberikan kucing tersebut air teh..
Mujur saya mempunyai mereka semua..
yang membuatkan hari saya lebih ceria..
Selamat malam kalian..mimpi manis ya!!!
Al-Fatihah utk bonda tercinta..Hjh. Tasinam bt. Hj. Abd. Rahman..
Mudah-mudahan mak sentiasa berada disisiNya..Amin.
No comments:
Post a Comment