Thursday, October 21, 2010

Hari Saya

Woahh..awalnya saya bangun pagi ini..Jam di ‘handphone’ saya baru pukul 4:06 pagi..
‘Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka terus mandi..’
Wah..gembiranya saya..kenapa eh?? Sebab hari ini saya mahu balik ke Johor..
Dapat jumpa abah, dapat ke pusara mak, dapat jumpa si Oneng, dapat jumpa anak-anak buah, kakak, abang dan orang kampung..Baru dua minggu tak balik ke kg..tapi rasa begitu lama..
Sedih walaupun gembira..itulah perasaan saya setiap kali hendak balik ke kg..
Hanya tuhan sahaja yang tahu..Ya..saya sangat-sangat merindui mak..
Mak...

Sementara menunggu En. ‘washing machine’ membasuh baju-baju saya..bolehlah saya cerita sedikit apa yang berlaku semalam..
Semalam warga Melaka dapat cuti umum oleh Tok Ali sempena ‘Melaka Maju 2010’..Yup..saya juga salah seorang warga Melaka walaupun saya bukan warga sejati  Melaka dan saya juga berada di Stadium Hang Jebat malam semalam bersama-sama warga Melaka menyambut ‘Melaka Maju’...Ramainya orang di stadium tersebut...Sangat sesak..








Kalau bukan kerana perlu ke sana..sudah pasti saya lebih rela duduk di rumah..
Tapi tak apa, semuanya pengalaman bagi diri saya..Lagipun, semalam bertambah lagi kenalan saya..
Hampir pukul 2 pagi baru saya sampai di rumah..Mujur bukan saya yang memandu kereta..
Dapatlah saya melelapkan mata sebelum sampai ke rumah..
Terima Kasih kepada guru besar, kakak guru besar, kak Ros dan Kak Ila yang sudi menghantar kami..

Cuti hari ini saya rasakan begitu pendek..
Tidak tahu kenapa..saya kelihatan ‘free’ tapi sibuk..
Fuh..saya banyak mendengar dan berfikir hari ini..
Menjadi pendengar yang setia kepada masalah yang diluahkan oleh seorang teman..
Dan berfikir beberapa persoalan..Yup, saya gemar berfikir kebelakangan ini..
Paling banyak persoalan yang diajukan ‘housemate’ saya..
 ‘Kak Ai, macam mana nak buat set induksi?’
‘Kak Ai, macam mana nak baca puisi ni?’
‘Kak Ai...’
Laila..laila..kamu sangat comel..
Kamu yang perlu pergi interview..
Akak yang panik tengok kamu...
Apa-apa pun, ‘Good Luck’ untuk kamu..Semoga semuanya berjalan dengan lancar sabtu ini..
Akak dah cuba tolong setakat yang mampu..Selebihnya, bergantung pada kamu..

Oopss..En. ‘Washing machine’ dah berbunyi tu..sudah siap agaknya baju-baju saya di basuh...
Mahu ‘hanger’ baju-baju saya dan bersiap untuk ke sekolah..
Semoga hari ini segala berjalan dengan lancar untuk saya dan kalian semua..Amin...



Al-Fatihah utk bonda tercinta..Hjh. Tasinam bt. Hj. Abd. Rahman..
Mudah-mudahan mak sentiasa berada disisiNya..Amin.

No comments:

Post a Comment