Wednesday, September 15, 2010

Takbir Raya


Mendengar takbir raya dari masjid yang terletak di hadapan rumah saya sudah membuatkan air mata ini mengalir.Kalau dulu, saya dan mak sama-sama mengalirkan air mata tatkala mendengar takbir raya kerana terkenangankan arwah abang. Kini saya menangis keseorangan kerana terkenangan syawal kali ini terpaksa saya tempuh tanpa dua orang yang saya amat sayang.

“Mak, selepas magrib tadi usu, abah, abang, kakak-kakak, cucu-cucu mak buat tahlil untuk mak dan abang.Hanya tu yang kami mampu lakukan untuk mengubat rindu kami pada mak dan abang. Sedihnya usu.Menitis air mata usu semasa baca yassin tadi.Usu tahu usu tak boleh menangis nanti mak sedih tp usu rindu mak sangat-sangat. Usu harap mak dapat rasa perasaan rindu usu tu.Usu nak mak tahu usu sayang mak sangat-sangat, rindu mak sangat-sangat.Abah, abang, kakak-kakak dan cucu-cucu mak juga rindu dan sayang sangat kat mak.Kami doakan mak tenang di sana. Semoga mak ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.Amin…..”

Salam Lebaran semua..Susahnya saya dan keluarga menempuh 1 Syawal tanpa insan yang amat kami sayang. Syawal yang sangat-sangat suram.

Al-Fatihah utk bonda tercinta..Hjh. Tasinam bt. Hj. Abd. Rahman..
Mudah-mudahan mak sentiasa berada disisiNya..Amin..


No comments:

Post a Comment