Banyak sms yang saya terima malam sebelum Syawal menjelma. Semuanya saya baca dengan perasaan yang sedih.Sedihnya syawal kali ini tanpa mak. Semua sms yang saya terima hanya dapat saya balas pada pukul 4 pagi. Selepas saya melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. Barulah hati saya berasa tenang dan mendapat sedikit kekuatan.
Antara sms yang saya terima pada Syawal kali ini :-
Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah, ada keterlajuran kata
Dalam gurau senda, ada khilaf & dosa
Harap dimaafkan segala-galanya
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
Dari Nurul & keluarga
Ku hulurkan salam 3 jari
Sambil ibu jari dan jari telunjuk bertemu
Menggigit keris, berbaju melayu putih
Umpama pahlawan melayu
Dari susur rambut hingga susur tumit
Ku mohn amoun & maaf dari mu
Halalkan setiap yang menjadi darah & daging
Pada badanku ini
SALAM AIDILFITRI
Ikhlas dariku Mas & suami
“Sebening air wudhu, sesuci Al-Quran,
Semerdu alunan zikir, seindah solat 5 waktu,
Setenang hati yang tiada rasa benci & dendam,
Jika tangan tak sempat berjabat,
Jika wajah tak sempat bertatap,
Bukalah pintu maaf untukku
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI YANG BARAKAH
MAAF ZAHIR DAN BATIN
“Keikhlasan hati Untuk Saling Memaafkan,
Memberi Makna Berharga Dalam Kehidupan,
Andai Jemari Tak mapu Berjabat,
Langkah kaki Tak Mampu untuk bertemu,
Setidaknya Kata Masih Terungkap Setulus Hati,
Mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Buah laici buah strawberi
Dicuri pulak si labu labi
Salah silap please forgive me
Bermaafan kita di Aidilfitri
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
Dari Amani, Ibu dan Ayah
ANDAINYA TERkasar bahasa,
TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERtuduh perkara yang tak benar,
TERpekak bila ditanya,
TERnasihat tak kena gaya,
TERpinjam dan TERlupa pulangkan segera,
TERmoody tak semena-mena
Dan “TER” macam-macam lagi yg TAK SENGAJA
POHON MAAF ZAHIR BATIN
SALAM AIDILFITRI
Semerdu sahutan azan
Berdoa kepadanya tanda kesyukuran
Sekilas rahmat keredhaan
Moga kehadiran syawal memperteguhkan iman
SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
Dari Ady sekeluarga
Beduk berbunyi di pagi Aidilfitri
Indah suasana penuh erti
Sembah dan salam di pagi hari
Kemaafan ku pinta setulus hati
SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
Biar renggang difana dunia
Biar hina dimata manusia
Biar semangat semakin tua
Biar jauh kedudukan kita
Biar jurang pangkat terzahir
Jangan tergadai silaturahim antara kita
Salam keampunan salam kemaafan
Sempena Syawal mulia
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
Maaf kad raya tak sempat dicari
Nak kata sibu taklah busy
Namun yang jauh dirindui
Hanya sms penganti diri
Untuk susun 10 jari
Ampun kelemahan diri
Andai pernah melukai
Biarpun ucapan masih awal lagi
Sebelum line menjadi busy
Sebelum SMS asyik ‘PENDING LAGI’
Salam kemaafan di Aidilfitri
Sebahagian SMS yg diterima untuk Syawal kali ini.Terima kasih ya teman-teman.
Al-Fatihah utk bonda tercinta..Hjh. Tasinam bt. Hj. Abd. Rahman..
Mudah-mudahan mak sentiasa berada disisiNya..Amin..
No comments:
Post a Comment