Monday, September 20, 2010

Majlis Halal Ilmu

Selepas Perhimpunan pagi tadi, satu Majlis 'Halal Ilmu' murid-murid tahun 6 telah diadakan..
Teringat masa zaman saya sekolah dulu. Ada juga majlis seperti ini. Tapi saya rasa suasananya lebih sayu berbanding apa yang saya rasa hari ini. Kalau dulu, saya berasa sangat sedih ketika bersalaman dengan cikgu-cikgu. Bertambah hiba saat mengucapkan 'Cikgu..Maafkan saya, halalkan segala ilmu yang telah cikgu beri' dan bertambah hiba lagi bila cikgu memeluk dan mencium kedua belah pipi sambil berkata 'Cikgu doakan kamu berjaya'..

Ya sangat berbeza dengan anak-anak murid zaman sekarang.
Mereka kelihatan lebih tenang atau perkataan yang lebih sesuai 'cool'.
Apa pun untuk anak-anak SKAM yang akan menduduki UPSR pada 21 -23 Sept 2010 ini,
Cikgu doakan kamu semua berjaya...Amin..


No comments:

Post a Comment