Saturday, September 25, 2010

Result KPLI

Hari Jumaat yang lepas..habis sahaja kelas pada pukul 9:40 pagi..saya megurus beberapa perkara
Dan pada pukul 10:30 pagi saya terus bertolak ke KL..
Mahu ke maktab untuk mengambil keputusan peperiksaan saya..
Saya memandu berseorangan..
Pesan guru besar pada saya ketika saya menyatakan hasrat untuk balik awal..
"Memandu berhati-hati"..Alhamdulillah..guru besar saya ini sangat memahami dan mudah memberi pelepasan..
Terima Kasih ya En. Minhat..
Saya sampai di maktab pada pukul 12:00 tengah hari..agak tergesa-gesa kerana khuatir pejabat tutup kerana waktu rehat..Sampai sahaja di maktab saya lihat suasana masih seperti dahulu..bangunan baru masih dalam pembinaan..Ya, rindunya saya pada tempat ini..Terleka saya dengan perasaan saya sendiri sehingga terlupa tujuan ke situ..Lantas, saya bergegas ke HEP..namun saya diminta ke Unit Peperiksaan untuk mengambil keputusan peperiksaan saya..Mujur pejabat di unit peperiksaan masih buka.. 
Selepas mengambil keputusan saya terus menuju ke arah Lola..saya sudah berjanji dengan murid saya di SKBP untuk berjumpa mereka..tapi saya rasa saya sudah lewat..Namun, saya pergi juga ke sana..Mana tahu ada rezeki berjumpa dengan mereka..Dalam perjalanan ke mengalir air mata teringat mak..Saya ingat lagi saat saya mendapat tahu keputusan peperiksaan saya..Saya terus ke bilik mak, ketika itu mak baru sahaja selesai solat..

"Mak, usu dah tahu keputusan periksa usu..usu dapat cemerlang", beritahu saya pada mak.
Mak lantas memeluk dan mencium saya "Alhamdulillah..kalau dapat cemerlang boleh dapat mengajar dekat ya su?..
Terasa mahu mengalir air mata saya saat mendengar mak berkata begitu. 
"Mak doakan usu banyak-banyak tau. Mudah-mudahan usu dapat mengajar dekat",kata saya..

Mak nak sangat saya mengajar dekat dengan mak..Biar saya duduk dengan mak..
Mak kata, mak suka tengok saya pergi mengajar..Teringat semasa saya GSTT dahulu..setiap pagi mak akan melihat saya pergi kerja..senangnya hati saya pada masa itu..
Sampai sekarang, jika teringat kata-kata mak itu..Air mata ini mudah sangat mengalir..
Bila melihat keputusan peperiksaan saya, air mata pun mudah mengalir..
Sedihnya hati saya sebab mak tak dapat melihat sendiri keputusan peperiksaan saya..
Mudah-mudahan saya lebih tabah..walaupun ianya sangat2 sukar bagi saya untuk hadapi..
InsyALLAH..


Al-Fatihah utk bonda tercinta..Hjh. Tasinam bt. Hj. Abd. Rahman..
Mudah-mudahan mak sentiasa berada disisiNya..Amin..

No comments:

Post a Comment