Pertama kali menghadiri LDP sejak bergelar guru..Dalam pamplet tulis pukul 7:30 - 8:00 pagi adalah masa pendaftaran guru dan staf. Sedangkan pagi itu, pada pukul 7:15 pagi saya baru sahaja memanaskan Lola..Seronoknya melihat housemate masih diulit mimpi..Ya, saya sudah lambat. Setiba di sekolah, keadaan lengang..Tertanya-tanya saya, adakah saya salah tarikh? Tapi semalan Pak Sahak sudah buat pengumuman bahawa semua guru dan staf WAJIB HADIR ke LDP..ukay..perlu tunggu..hinggala pukul 7:45..masih tiada kereta guru yang memasuki pekarangan sekolah..ukay...7:50..masih tiada..7:55..Alhamdulillah..kelihatan ustazah J-Qaf memasuki garaj. Saya pun bergegas bersalaman dengannya..Lantas berkata..
"Saya ingat saya silap hari kak", kata saya.
"Ni situasi biasa di SKAM..Dah lama nanti, adik fahamlah", katannya.
"Ukay",kata saya.
Tak kisahlah..Asalkan saya tak tersilap hari.
Ceramah LDP pada pagi itu disampaikan oleh ustaz Razif bin Abd. Latif.
Tajuk ceramahnya 'Kesederhanaan Menyambut Syawal'..
Banyak ilmu yang saya dapat sepanjang ceramah disampaikan..
Ustaz Razif juga pandai menyelitkan unsur humor dan cerita-cerita menarik supaya audiens tidak berasa bosan.
Selesai ceramah daripada Ustaz Razif..Guru besar mengambil alih untuk menyampaikan kata-kata alu-aluan.
Seterusnya majlis diteruskan dengan Majlis Sambutan Aidilfitri.
Guru-guru dan staf bergerak ke kantin sekolah.
Namun, sebelum itu guru besar meminta kami semua bergambar beramai-ramai.
Jamuan Aidilfitri ini sangat meriah walaupun dihadiri oleh staf dan guru-guru SKAM sahaja..
Bermacam-acam juadah terhidang. Semuanya disediakan oleh guru-guru dan staf SKAM..
Ada nasi kerabu, nasi dagang, nasi impit, sate, mee hailam, rendang daging, rendang udang, sambal udang, tapai pulut, buah-buahan, tapai pulut, kuih muih, kek, popia basah, keropok lekor dan bermacam-macam lagi.
Apa yang saya bawa untuk jamuan ini?
Sebagai seorang bujang, saya menghadapi kesukaran untuk menyediakan hidangan yang hebat-hebat. Bukannya apa, di ruamah sewa saya masih kekurangan alatan dapur.Yang ada cuma rice cooker yg comel dan juga dapur elektrik yang comel juga. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk membeli kek di secret receipe untuk di bawa ke sekolah.
Mungkin di lain masa saya boleh bawa hidangan dari air tangan saya.Mudah-mudahan dipanjangkan umur untuk syawal akan datang. Amin..
Mungkin di lain masa saya boleh bawa hidangan dari air tangan saya.Mudah-mudahan dipanjangkan umur untuk syawal akan datang. Amin..
Al-Fatihah utk bonda tercinta..Hjh. Tasinam bt. Hj. Abd. Rahman..
Mudah-mudahan mak sentiasa berada disisiNya..Amin..
No comments:
Post a Comment