Thursday, September 30, 2010

Da Vincci Jr. 2

Seronok melihat anak-anak 3 Teratai melukis hari ini..
Tekun semacam..Tidak sebelumnya..Saya jadi hairan seketika..
Mungkin aura saya seni saya dah menyerap ke hati mereka (huk..huk..huk..)..
Lihat saja gelagat mereka..






Nama saya S.Y.A.F.I.Z.A.T

Seronok sebenarnya mengajar murid tahun 1 ni..
Lebih-lebih lagi mengajar subjek Pen. Jasmani..Tak sempat masuk kelas lagi mereka dah menjerit memanggil nama 'Cikgu Aiiiii'..terasa diri ini sepopular Datuk Siti Nurhaliza secara tiba-tiba.
Hari ini, bila masuk 1 Teratai Syafizat menghampiri saya. 'Cikgu Ai..nak peluk cikgu boleh?'..erk, terpingga-pingga saya..'Ukay', kata saya lantas saya menundukkan sedikit badan saya..
Teringat kali pertama masuk ke kelas ini..
Semasa sesi berkenalan..apabila giliran Syafizat memperkenalkan diri..
Dia berkata sebegini..'Nama saya S.Y.A.F.I.Z.A.T'
Aip..dia pula yang suruh saya mengeja namanya..sangat comel bukan..
Kadang-kadang sukar menjangka apa tindakan yang akan dilakukan mereka ini.
Anak-anak kecil ini memang banyak idea..Kadang-kadang tidak terlayan saya..
Bayangkan, jika seorang mula bercerita..yang lain sibuk mahu bercerita juga..
Masing-masing berlumba-lumba untuk mendapatkan perhatian saya..

Sangat seronok bila menyanyi lagu 'Bila rasa gembira' bersama mereka tadi..
(disebabkan hujan..terpaksalah buat aktiviti di dalam kelas)
Gembira saya bila mereka melihat ketawa dengan gembira..
Sedikit sebanyak menjadi terapi untuk saya..
Percaya atau tidak..kalau kita melihat anak kecil tersenyum..
Secara automatik kita akan tersenyum juga..




Sangat Manis!!

Terima Kasih kepada Nurin (5 Tanjung) sebab bagi cikgu coklat yang sangat-sangat comel..
Tak sampai hati rasanya nak makan coklat secomel ini..






Wednesday, September 29, 2010

Ami & PSP

Ami tak pernah tinggal PSP hijaunya..
Kadang-kadang tersenyum melihat gelagat si kecil ini..
Lihat sajalah aksinya...







Wafi

Pusing kepala saya memikirkan gelagat anak-anak 5 Kemboja..
Habis diconteng muka dengan warna pastel..lain disuruh buat, lain yang dibuatnya..
Terutamanya Adam & the Geng..Dalam saya membebel pada Adam & the Geng..Wafi pun turut menasihati kawan-kawannya..tapi apabila saya melihat ke arahnya..Mukanya juga berconteng dengan contengan misai..Dalam muka serius memarahi Adam & the Geng..saya tergelak melihat muka Wafi yang agak lucu..Sebenarnya dia tak perasaan pun mukanya diconteng oleh kawannya. Sebab itu dia agak terpinga-pinga apabila kawan-kawannya yang lain mengelakkannya.

Secara spontan sebenarnya saya tergelak..Terdengar salah seorang murid saya berkata 'Comelnya cikgu ketawa'. Saya tidak pasti siapa yang berkata sebegitu. Terdiam saya..Lama sebenarnya saya tidak tergelak..tapi kenakalan anak-anak 5 Kemboja ini membuatkan saya ketawa. kadang-kadang saya terfikir, apa akan jadi kalau saya tidak menjadi seorang cikgu. Dalam situasi saya seperti ini, mungkin saya menjadi semakin stress dan menjadi lebih murung. Saya sangat bersyukur kerana menjadi seorang cikgu. Dikelilingi anak-anak kecil seringkali membuatkan kita tersenyum sendiri apabila melihat gelagat mereka. Terima kasih ya ALLAH..Sesunguhnya, kau maha mengetahui segala yang berlaku..


PBSM

Seronok  rasanya bila pertama kali menghadiri perjumpaan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) SKAM semalam.Seronok mendengar Teacher Chua (panggilan murid-murid SKAM pada Mrs. Chua) menerangkan tentang 5 fakta tentang tulang. Saya suka cara Teacher Chua menyampaikan penerangan..
               
“Sayang..sayang nak tahu tak apa 5 fakta tentang tulang”

Demikianlah Teacher Chua memulakan mukadimahnya. Seorang cikgu cina yang amat fasih pertuturannya dalam Bahasa Melayu dan saya kira dia sangat pandai menarik minat murid-murid untuk mendengar apa yang ingin disampaikan walhal pada masa itu jam menunjukkanpukul 2:30 petang. Memang mata bagai ditarik-tarik untuk lena. Tapi Teacher Chua Berjaya membuatkan mata lebih 50 orang murid terarah kepadanya.Kagum saya padanya. 
Jom kita kongsi 5 fakta tentang tulang tu :

          Pertama         : Manusia mempunyai 206 batang tulang.
          Kedua            : Tulang paling besar adalah tulang peha (femur)
          Ketiga            : Tulang paling kecil ialah tulang kecil di dalam telinga
          Keempat        : Tulang tengkuk manusia sama jumlahnya dengan tulang yang terdapat    pada tulang zirafah.
          Kelima           :  Otak manusia memerlukan 80% air.

Itulah 5 fakta yang dikongsi oleh Teacher Chua. Menarik bukan..

Seronok juga apabila dapat menyanyikan lagu Bulan Sabit Merah Malaysia. Saya juga dahulu seorang ahli PBSM semasa di sekolah menengah. Menjadi setiausaha dan kem komandan untuk persatuaan itu. Saya rasa hampir kesemua unit beruniform telah saya rasai. Di sekolah rendah, saya menjadi ahli pengakap, di sekolah menengah ahli PBSM , di tingkatan 6 menjadi ahli kadet polis (sangat seronok kerana berpeluang mengikuti latihan menembak) dan menjadi ahli pandu puteri sebentar untuk pergi berkhemah, di universiti menjadi ahli St. John Ambulans (banyak kenangan manis: daripada menjadi ahli biasa --> exco --> division officer), dan di maktab menjadi ahli Puteri Islam. Wah, agak aktif juga saya ni tapi itulah saya, sangat suka mencuba pelbagai perkara..sangat seronok..berjumpa ramai kawan dan mendapat banyak pengetahuan.





Al-Fatihah utk bonda tercinta..Hjh. Tasinam bt. Hj. Abd. Rahman..
Mudah-mudahan mak sentiasa berada disisiNya..Amin..


Champs

Baru sahaja cikgu Aiha bersemangat nak mengajar tiba-tiba terdengar satu pengumum telah dibuat..
"Diminta semua murid turun ke tapak perhimpunan sekarang"
Hmm..agak kecewa (sebab semangat sangat nak mengajar murid-murid 3 Kemboja bina ayat) kerana tidak dapat meneruskan P&P pada hari ini. P&P hari ini terpaksa ditangguhkan pada hari esok..Nampaknya objektif P&P saya pada hari ini tidak tercapai..

Apabila saya menjengah ke keluar..saya lihat ada beberapa staff daripada Champs sedang menunggu kedatangan murid-murid untuk memberi sedikit penerangan tentang Champs..teringat saya pada sekolah  tempat saya praktikum..ada juga penerangan oleh Champs seperti ini..



Saya lihat murid-murid sangat seronok mendengar penerangan daripada Kak Ana (salah seorang wakil Champs)..Apa taknya, banyak hadiah yang disediakan sekiranya dapat menjawab soalan yang diberikan.



Selepas tamat penerangan oleh Kak Ana, semua murid diberi minum Champs..




Sunday, September 26, 2010

Tahlil & Open House

Pagi terasa malas hendak bangun dari tidur. Tapi perlu bangun..perlu ke sekolah..perlu mengajar..perlu tunaikan tanggungjawab mendidik anak bangsa. Serius bunyinya...Hakikatnya saya sangat-sangat letih..Semalam ada majlis baca yassin dan jamuan makan di rumah kak chik..Wah, saya sangat sibuk semalam..tolong menyediakan makanan dan melayan tetamu..sangat ramai tetamu yang datang semalam.Alhamdulillah...




Macam-macam juadah disediakan untuk tetamu semalam..Ada nasi hujan panas (menarik bukan namanya), ada daging masak kicap (sangat sedap), ayam masak merah, acar, kuah dalca, puding koktel, kuih-muih, karipap sardin (perlu dinyatakan secara exclusive di sini), laksa johor (yummylicious), kambing bakar dan macam-macam lagi..tapi, akibat sibuk melayan tetamu, saya tak sempat nak menikmati ke semua hidangan tu..




Terima kasih juga kepada kawan-kawan Azron Jamingon, kakak Azron, Mahyudin Salamon, Ridzwan (kawan Mahyudin) dan Zul Azmi Norman kerana sudi menghadirikan diri..

Akibat leka berbual dengan kawan-kawan, selepas magrib baru saya bertolak pulang ke Melaka. Hujan lebat di sepanjang perjalanan..Tapi, Alhamdulillah saya sampai di Melaka dengan selamat...

Walaupun melalui hari minggu yang sibuk..Tapi saya seronok dapat meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan..Bertambah seronok kerana dapat kenalan baru..


Al-Fatihah utk bonda tercinta..Hjh. Tasinam bt. Hj. Abd. Rahman..
Mudah-mudahan mak sentiasa berada disisiNya..Amin..

Saturday, September 25, 2010

Kembali ke sini

Sebelum bertolak balik ke Bangi..saya singgah sebentar di Pantai Dalam..
Tempat saya menyewa selama setahun sepanjang bergelar pelajar KPLI..
Banyak kenangan saya dan rakan-rakan di sini..semuanya masih sama..cuma ada sedikit yang perbeza..
Ya, perbezaan atau perubahan pasti akan berlaku..

Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam

'Parking Berlapis'..masih seperti dulu

Jalan yang sentiasa sibuk

Kedai Sup Herba..Yummylious!!!
(Kakak Kelate sedang membungkus sup yang dipesan oleh saya)

Kedai yang sering dikunjungi kami..
Sekarang, sudah tiada..

Rumah kami..Blok 2 Tingkat 4..

Result KPLI

Hari Jumaat yang lepas..habis sahaja kelas pada pukul 9:40 pagi..saya megurus beberapa perkara
Dan pada pukul 10:30 pagi saya terus bertolak ke KL..
Mahu ke maktab untuk mengambil keputusan peperiksaan saya..
Saya memandu berseorangan..
Pesan guru besar pada saya ketika saya menyatakan hasrat untuk balik awal..
"Memandu berhati-hati"..Alhamdulillah..guru besar saya ini sangat memahami dan mudah memberi pelepasan..
Terima Kasih ya En. Minhat..
Saya sampai di maktab pada pukul 12:00 tengah hari..agak tergesa-gesa kerana khuatir pejabat tutup kerana waktu rehat..Sampai sahaja di maktab saya lihat suasana masih seperti dahulu..bangunan baru masih dalam pembinaan..Ya, rindunya saya pada tempat ini..Terleka saya dengan perasaan saya sendiri sehingga terlupa tujuan ke situ..Lantas, saya bergegas ke HEP..namun saya diminta ke Unit Peperiksaan untuk mengambil keputusan peperiksaan saya..Mujur pejabat di unit peperiksaan masih buka.. 
Selepas mengambil keputusan saya terus menuju ke arah Lola..saya sudah berjanji dengan murid saya di SKBP untuk berjumpa mereka..tapi saya rasa saya sudah lewat..Namun, saya pergi juga ke sana..Mana tahu ada rezeki berjumpa dengan mereka..Dalam perjalanan ke mengalir air mata teringat mak..Saya ingat lagi saat saya mendapat tahu keputusan peperiksaan saya..Saya terus ke bilik mak, ketika itu mak baru sahaja selesai solat..

"Mak, usu dah tahu keputusan periksa usu..usu dapat cemerlang", beritahu saya pada mak.
Mak lantas memeluk dan mencium saya "Alhamdulillah..kalau dapat cemerlang boleh dapat mengajar dekat ya su?..
Terasa mahu mengalir air mata saya saat mendengar mak berkata begitu. 
"Mak doakan usu banyak-banyak tau. Mudah-mudahan usu dapat mengajar dekat",kata saya..

Mak nak sangat saya mengajar dekat dengan mak..Biar saya duduk dengan mak..
Mak kata, mak suka tengok saya pergi mengajar..Teringat semasa saya GSTT dahulu..setiap pagi mak akan melihat saya pergi kerja..senangnya hati saya pada masa itu..
Sampai sekarang, jika teringat kata-kata mak itu..Air mata ini mudah sangat mengalir..
Bila melihat keputusan peperiksaan saya, air mata pun mudah mengalir..
Sedihnya hati saya sebab mak tak dapat melihat sendiri keputusan peperiksaan saya..
Mudah-mudahan saya lebih tabah..walaupun ianya sangat2 sukar bagi saya untuk hadapi..
InsyALLAH..


Al-Fatihah utk bonda tercinta..Hjh. Tasinam bt. Hj. Abd. Rahman..
Mudah-mudahan mak sentiasa berada disisiNya..Amin..

Karipap oh Karipap!!

Malam tadi pukul 3 pagi baru dapat tidur..
Semuanya gara-gara karipap..
Hari ini ada majlis bacaan yassin dan sedikit jamuan makan di rumah kak chik..
Dan karipap adalah salah satu menunya..
Tapi tak apa..apa yang memyenangkan & membanggakan hati saya..
Saya semakin mahir membuat karipap..
Lihat sahaja hasil kerja saya..
Karipap kentang + sardin yang agak comel..




Thursday, September 23, 2010

UPSR

Berakhir sudah UPSR..
Mudah-mudahan berkat doa guru-guru dan ibu bapa
Serta usaha oleh murid-murid tahun 6
Kejayaan pasti dikecapi..Amin


Da Vincci Jr. 1

Lihat ketekunan mereka
Sangat menghiburkan hati bukan..                                                   


 
        
                  







Daniel

"Cikgu..saya nak buat magik..Cikgu tengok ye", kata Daniel pada saya.
Padahal pada waktu itu kawan-kawan Daniel yang lain sedang tekun menyiapkan tugasan yang diberikan oleh saya. Tanpa banyak soal, saya pun terus memerhatikan Daniel.
"Cikgu tengok ye..kat tangan saya saya tak ada apa-apa kan..taraaaaaa..ada pensel", beritahu Daniel sambil tersenyum..
Terdiam saya seketika..
Saya lihat ada pensel yang sangat pendek pada tapak tangan kanannya.
"Wah..hebatnya Daniel!", itu ayat yang keluar dari mulut saya.
Mujur Daniel comel..Tak tergamak saya nak marah murid secomel Daniel ni..
Ye la, habis pensel tu diasah sehingga pendek..
Daniel..Daniel..
Dua minggu lepas dengan muka tak bersalah dia memberitahu saya,
"Cikgu, saya balik London..Beraya di sana"
Minggu lepas, disusunnya pemadam menjadi bangunan..
Minggu ni, pensel pula jadi mangsanya..
Cikgu tak sabar nak tunggu minggu depan..
Apa pula ideanya kali ini..



Origami Ikan



PSV Tahun 5

Bidang 
Binaan
Tajuk : 
Origami ikan