Pagi ni spt biasa, aku pergi ke pusara mak..abah tetap setia menemani aku ke pusara mak setiap hari..doa kami titipkan utk mak mudah2an mak tenang dan bahagia di sana..hari ini lama aku berteleku di sebelah pusara mak..aku hanya berkata dalam hati..mudah2an mak dgr apa yg aku katakan..walaupun puas ku tahan, air mataku tetap jatuh juga..
Esok, aku sudah mula bertugas di Melaka..bertugas sbg seorang pendidik..sedih betul hati ini..secara jujurnya..hati aku mmg belum tenang untuk mengajar..tp itu sudah menjadi amanah yg perlu aku pikul..aku hanya mampu berdoa agar hati ini tabah untuk menempuhi hari mendatang..sudah tentu mak mahu melihat aku buat yang terbaik bukan..
Abah cakap kalau ke tanah perkuburan mesti bagi salam...abah kata, bila kita bagi salam..pada ketika tu kalau ada di antara ahli kubur sedang dipalu oleh malaikat..malaikat akan berhenti palu..tunggu sehingga ahli kubur selesai jawab salam, baru malaikat akan palu..sekurang-kurangnya dgn salam kita tu, kita boleh kurangkan dan ringankan azab mereka...
Salam yg abah ajar "Assalamualaikum ahli perkampungan di sini, semoga Allah merahmati kamu dan Allah merahmati aku jua". Kalau kita sedekahkan al-fatihah, kita sedekahkan lah juga utk seluruh ahli perkampungan di situ...xrugi pun kalau kita berniat utk semua... sesungguhnya Islam itu bersaudara..
Al-Fatihah utk bonda tercinta..Hjh. Tasinam bt. Hj. Abd. Rahman..
Mudah-mudahan mak sentiasa berada disisiNya..Amin..
No comments:
Post a Comment