Tuesday, August 17, 2010

Hari Pertama


*Sepatutnya semalam aku dah 'post'kan entri ni..tapi disebabkan mengantuk..dan 'line' tak berapa ok... malam ni baru dapat di'post'kan..Maaf ya..

Pagi tadi sebelum pergi sekolah siap buat teks ucapan. Manalah tahu diminta memberi ucapan ringkas memperkenalkan diri semasa perhimpunan nanti..sedar2 dah jam 6:40 pagi..tu pun nasib baik abang tanya..'usu nak pergi sekolah sendiri ke abang hantarkan'..dengan tersenyum-senyum aku pun menjawab..'abang hantar la,usu follow abang dari belakang'..

Sampai di sekolah..terus je menuju ke pejabat..Senyum!!..Ya, mesti senyum..walaupun dalam kereta tadi menitis juga air mata sebab rindukan mak..selalunya mak akan cium pipi dan baca selawat ditelingaku..ciuman dan selawat mak selalu beri aku keyakinan..
pedih hati ini menahan tangis di dalam hati..Ya, aku tidak boleh menangis depan abah dan abang..Aku mesti kuat dan tidak mahu merisaukan mereka..
Sebab tu, bila masuk sahaja dalam kereta..air mata jatuh tanpa dipinta..
Sepanjang perjalanan ke sekolah..aku berselawat dan sedekahkan al-fatiha pada mak..
mengadu pada ALLAH yg aku rindukan mak sangat2..

Aku rasa hampir kesemua guru telah aku salam pada pagi tadi..Mana tak nya..aku berdiri betul-betul di depan mesin punch card..Setiap kali cikgu-cikgu nak punch card mesti tanya..'cikgu baru ke?'..Menunggu guru besar yang belum sampai, sempat juga aku bebual dengan beberapa orang guru sekolah SKAM yang ramah dan mesra sekali..
Lebih-lebih lagi GPK 1..Tn. Hj. Ishak..

Waktu perhimpunan hampir tiba. Namun, guru besar tidak kelihatan juga..Rupa-rupanya, guru besar sudah berada di tapak perhimpunan..Aku pun turun menyertai guru-guru lain duduk di kerusi biru yang disediakan..Perhimpunan dimulakan dengan menyanyikan beberapa rangkaian lagu.Selepas itu, diadakan majlis penutupan bulan kecerdasan dan perasmian majlis bulan patriotik. Selepas itu, diadakan juga majlis ahlan wasahlan ya ramadhan sempena menyambut bulan ramadhan al-mubarak.Selepas itu, diadakan juga persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid SKAM. Merdu sungguh suara mereka..

Selepas perhimpunan, guru besar memperkenalkan aku kepada guru-guru yang lain..Rupa-rupanya guru besar juga pernah mengajar di Johor..Selepas itu, aku masuk ke bilik guru besar untuk mendengar taklimat. Rupa-rupanya guru besar pun baru dua minggu di SKAM..begitu juga dengan GPK Ko-ko..Pn. Hjh. Nora yang baru ditugaskan di SKAM juga..Selepas berbual dengan guru besar..aku berjumpa dengan GPK 1, Tn Hj. Ishak..Tn. Hj Ishak sgt2 ramah..baru je beberapa minit banyak yg kami bualkan..kami sama-sama menyusun jadual utk aku..Akhirnya, aku akan mengajar subjek Bahasa Melayu thn 3 Kemboja, Seni Tampak thn 5 Tanjung dan 5 Kemboja dan PJK..Ya, aku akan mengajar PJK thn 1 Teratai, 3 Kemboja dan 5 Kenangga..Menarik bukan..kesemuannya 26 waktu + dilantik sebagai guru kelas 3 Kemboja..

Aku di bawa oleh Tn. Hj Ishak ke melawat persekitaran sekolah dan akhirnya ke bilik guru..Alhamdulillah..guru-guru di sini semuanya baik-baik belaka..Al-maklum, aku la yg paling muda..dan dalam bilik guru akulah satu-satunya guru perempuan yg masih 'single'.Siap mengemas meja..aku masuk ke kelas 3 Kemboja untuk mengajar Bahasa Melayu..
P&P pada hari ini ditangguhkan kerana Cikgu Ai berkenalan dengan murid-murid 3 Kemboja..

Habis sahaja waktu di 3 Kemboja, aku terus ke pejabat..berjumpa dengan Puan kerani (aku tak sempat tanya nama dia, seorang je aku kenal..Pn. Rohaya sbb dia sgt sweet kerana suka senyum) tanya ttg salinan-salinan yang diminta..selesai shj urusan dengan Puan Kerani tersebut, Tn. Hj. Ishak bertanya 'Awak nak balik awal tak?Uruskan hal rumah sewa..' oh, beliau sangat baik..Lalu aku pun minta kebenaran (sebenarnya Tn. Hj. Ishak yang tolong tanya pd guru besar) pada guru besar lalu diluluskan..Sekali lagi..mereka berdua sgt baik..Setelah menulis nama di buku yg tak sempat aku baca apa tajuknya..aku terus menuju ke kereta dan terus menelefon abah..

Kami pergi mencari rumah sewa..di Taman Permatang Pasir Permai..Rumah 'town house'..rakan serumah aku dan g-arn merupakan dua orang ustazah yang muda setahun daripada kami..Ustazah Rosni dan Laila..mereka sangat comel dan baik..

Perasaan kembali menjadi sedih bila abah, abang, kak mai dan anak-anak sedaraku mahu berangkat pulang ke Johor..Cuba tabahkan hati..tapi gugur juga air mata ni..Aku perasaan abah mengesat air matanya..Ya Allah..Sedihnya aku..Terduduk aku di bawah pokok sampailah kereta abang tak kelihatan..Terbayang wajah mak..Rindunya pada mak..Lama juga aku di bawah pokok sehinggalah ayah g-arn datang..Cepat-cepat aku mengesat air mata dan menyapa ayah g-arn lalu naik ke rumah..Sampai di tangga, langkah aku terhenti..aku duduk dulu di tangga..menangis lagi..tak mampu masuk ke rumah..sedih bila melihat g-arn dan emaknya sedangkan aku keseorangan..aku sedekahkan al-fatihah pada mak..mengadu pada Allah..bermuhasabah diri..biar mampu berdepan dengan orang...

Malam, kak chik datang ke rumah..bawa tom yam utk aku bersahur..tenang sikit hati ini bila dapat ciuman dan pelukan daripada kak chik..

Mata sudah mengantuk..'housemate' pun dah mengambil 'position' masing-masing...
esok perlu ke sekolah awal..takut sesat..maklumlah..masih tidak pakar di kawasan ini..
Selamat Malam ya...


Al-Fatihah utk bonda tercinta..Hjh. Tasinam bt. Hj. Abd. Rahman..
Mudah-mudahan mak sentiasa berada disisiNya..Amin..

No comments:

Post a Comment