Hari kedua di sekolah..Perjalananku ke sekolah hari ini mengambil masa dalam 10 minit..Sampai di bilik guru, mejaku telah siap dikemas..Malula juga..Baik hati sungguh guru-guru di sini..7:40 pagi aku ada kelas Bahasa Melayu di 3 Kemboja..Masuk sahaja kelas, aku lihat kelas bersih tidak seperti semalam..Permulaan yg bagus..bermakna peraturan yang aku tetapkan semalam dapat mereka patuhi..Antara peraturannya :
- Kelas mesti dibersihkan setiap pagi.
- Pastikan meja disusun kemas.
- Semua tingkap mesti dibuka.
- Tiada buku lain selain buku BM semasa cikgu masuk ke kelas.
- Ketua kelas mesti pasti semua rakan bersedia sebelum memberi ucapan salam pada guru.
Itulah antara perkara-perkara yang dapat dilaksanakan oleh mereka..bagus-bagus..cikgu bangga dengan kamu semua..tapi jangan hari ni sahaja tau.
Pukul 10:40 mengajar PJK tahun 1 Teratai..Comel-comel betul tahun 1..'Cikgu cantik hari ini'..Ya, mereka mmg pandai mengambil hati guru baharu spt ku..Seronk mengajar PJK sbenarnya..rasa cam nak join mereka..tp kdg aku rasakan seperti mengajar BM pun ada..Pukul 12:40 masuk pula ke 3 Kemboja utk mengajar PJK.tapi aku sibuk menyelesaikan markah ujian bulanan mereka..banyak kerja bila menjadi guru kelas ni..dan aku mestilah belajar tugasa-tugas sebagai seorang guru kelas dengan pantas..InsyALLAH..kamu pasti boleh cikgu Ai..
Al-Fatihah utk bonda tercinta..Hjh. Tasinam bt. Hj. Abd. Rahman..
Mudah-mudahan mak sentiasa berada disisiNya..Amin..
No comments:
Post a Comment