Perasaanku bercampur-baur semasa menerima berita tentang penempatanku..aku panjatkan kesyukuran kepada ALLAH s.w.t krn tidak dipostingkan di Sabah & Sarawak..Walau bagaimanapun, perasaan sedih timbul apabila memikirkan berita ini tidak dapat aku kongsi bersama mak dan sedih memikirkan abah yg akan tinggal sendirian di rumah. Tak sampai ati hendak memberitahu berita ini kpd abah..Berita ini aku kongsikan bersama kakak-kakakku dan abangku..Masing-masing mengucapkan tahniah kerana aku sekarang sudah bergelar seorang guru..Ya, seorang guru. Itulah harapan mak, ingin melihat aku menjadi seorang guru.Tapi aku tidak dapat kongsi kegembiraan ini bersama-sama mak..Sedih sungguh hati ini.Akhirnya aku kuatkan hati untuk memberitahu abah tentang berita ini.Abah hanya terdiam..Hati aku bertambah pilu..
Seusai solat dhuha aku berfikir..Ya, mungkin ada hikmahnya mengapa aku diposting di Melaka..Abang kata 'usu kena bersyukur..Apa pun ketentuanNya..usu mesti bersyukur..pasti ada hikmah disebalik setiap sesuatu kejadian..'
InsyALLAH..mudah-mudahan hatiku tabah untuk melalui segala dugaan ini..Amin..
Al-Fatihah utk bonda tercinta..Hjh. Tasinam bt. Hj. Abd. Rahman..
Mudah-mudahan mak sentiasa berada disisiNya..Amin..
No comments:
Post a Comment