'Jadi tak turun Seremban?Jom berbuka di Allson'..kata kakakku..
'Ok, esok selepas buat medical check up usu terus ke Seremban.Nak pergi pukul berapa?'
'6:30pm da boleh gerak dari rumah kak ila'
Semalam berbuka bersama Kak Ila, Abang Ha dan my dear Ami..Dari minggu lepas lagi mereka dah mempelawa aku berbuka bersama-sama.Tapi ada sahaja hal yang tak boleh dielakkan..Kebetulan hari ini cuti sempena hari kemerdekaan. Aku terus sahaja setuju dengan cadangan kakakku. Lambat pula buat medical check up hari ini. Selesai sahaja, aku terus pulang ke rumah untuk menghantar 'housemate'ku..sebelum tu singgah di bazaar Semabok..mereka mahu membeli sesuatu untuk berbuka.Sampai di rumah terus solat dan bertolak ke Seremban.Masuk dalam Lola aku lihat jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Ya..aku sudah lewat..Keluar sahaja dari tol Ayer Keroh jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang.Mengambil masa setengah jam untuk keluar dari Melaka.Banyak betul 'traffic light' di Melaka ni.Kebetulan waktu-waktu sebegini, orang berpusu-pusu pulang ke rumah dari tempat kerja atau membeli juadah untuk berbuka waktu..
Agak laju aku memandu ke Seremban..dalam masa setengah jam aku sudah sampai di rumah kakakku..Mereka sudah sedia menunggu di dalam kereta.Aku pantas memakir Lola di dalam rumah dan masuk ke dalam kereta kakakku.Abang iparku terus memecut ke Allson Klana Resort..Sempat juga aku melayan Ami dan Ultraman serta monster-monsternya dalam perjalanan ke sana. Sampai sahaja di Allson, kami minum air mineral dan terus menuju ke surau untuk solat magrib sebelum berbuka puasa. Ramainya orang pada hari ini..
Selepas solat, aku pun mengambil juadah yang agak menarik seleraku..kambing bakar dan udang tempura. Memang sedap..Sedang menjamu selera, berbual dengan kakakku..Sedih..kami berdua memang merancang nak bawa mak ke sini..tapi tak sempat..pasti seronok bila mak ada..seronok lihat mak makan..boleh kenyang hanya melihat mak makan..tapi ALLAH lebih sayangkan mak..memang pedih hati ini menahan perasaan..tapi aku tidak boleh menangis..lagi-lagi dihadapan kakakku..aku tahu dia juga sangat-sangat rindukan mak..
Melayan Ami memang menyeronokkan..Ami mengajak aku mengambil pelbagai jenis makanan..kek, sate, buah-buahan, dan pelbagai lagi..penuh meja dengan makanan..tak lupa juga buat ABC untuk Ami..terpaksa buat dua cawan..Ami kata 'Mak su, u wrong'..aku termasukkan sesuatu yang tak digemarinya..jadi terpaksalah buat lagi satu cawan.Akhirnya, aku juga yang terpaksa menghabiskan kedua-dua cawan.
Terima kasih pada kak ila dan abang Ha..aku tahu mereka risaukan aku..InsyALLAH aku akan buat yang terbaik untuk mereka semua.
Al-Fatihah utk bonda tercinta..Hjh. Tasinam bt. Hj. Abd. Rahman..
Mudah-mudahan mak sentiasa berada disisiNya..Amin..
No comments:
Post a Comment