Sunday, August 15, 2010

SK. Air Molek


Akhirnya surat itu sampai ke tanganku..Surat ini mmg betul2 menguji kesabaranku hinggakan semalam aku membuat satu tindakan nekad..Smlm dengan nekadnya aku terpaksa menjenguk abang-abang posmen yang sedang mengasing-asingkan surat mengikut kawasan di bilik belakang pejabat pos. Dengan muka tak bersalah aku bertanya kepada abang-abang posmen tersebut..'erk, arini ada hantar surat ke Pt. Hj. Adnan tak? Dah seminggu lebih surat saya dari Melaka tak sampai-sampai'..Enam pasang mata yang sedang sibuk bekerja mengalihkan pandangan ke arahku..mungkin terkejut dengan pertanyaanku yg secara tetiba..Rasa bersalah pula diri ini kerana mengganggu kerja meraka. Tetiba salah sorang daripada mereka menjawab..'Ada..ada..jap lagi kami hantar'..Setelah mendengar jawapan tersebut aku pun beredar dari situ. Masuk je dalam kereta, aku menepuk dahi..kenapalah aku tak minta terus surat tu tadi..Haih..Nak masuk balik ke bilik tu malu la pula. Dah la semua kt dlm tu lelaki..Oopss..memang la semua lelaki..dah nama pun posmen dan bukannya posgirl..*Haih sekali lagi..

Balik sahaja dari pusara mak..Abang mencadangkan hari ini kami bertolak ke Melaka dan akan menginap di Hotel Seri Malaysia..Aku menurut sahaja..Sejujurnya, aku malas memikirkan tentang posting ini. Tapi ini adalah satu amanah yg aku perlu laksanakan..Aku perlu lebih bermuhasabah diri agar diri ini lebih tabah. Aku berkemas sekadar yang patut dan membawa barang yang perlu sahaja.Lagipun, rumah sewa masih belum dicari. Hanya menumpang di rumah seorang kenalan untuk beberapa hari sebelum mencari rumah sewa yang lain nanti. Sambil mengemas, air mata turut jatuh ke pipi...sedih..

Kami bertolak dari Johor hampir pukul 1 petang. Sebelum bertolak, paman, mak enon n dek na datang ke rumah. Mereka mengucapkan tahniah kepadaku kerana sudah bekerja dan memberi beberapa nasihat apabila berada di tempat orang nanti. Sedih hatiku..Singgah di kedai kakak..cuba mengawal perasaan.Namun, menangis juga semasa memeluk dan mencium kakak..Ya, aku bukanlah setabah yang disangka..

Keretaku dipandu oleh anak sedaraku..Sementara abangku sekeluarga memandu kereta yang berasingan. Sampai di Ayer Keroh pada pukul 3. Kakakku yg berada di Seremban sudahpun menunggu di sana. Kami check in. 


Seusai solat Zohor, kami bercadang ke SK. Air Molek untuk melihat persekitaran seklah tersebut. Lagipun, esok aku akan drive ke sekolah tersebut seorang diri. 
Di bawah ini ada beberapa gambar sekolah yang sempat diambil..







Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar esok..Cikgu Noraiha..kamu boleh..InsyALLAH..kamu pasti BOLEH!!!

Al-Fatihah utk bonda tercinta..Hjh. Tasinam bt. Hj. Abd. Rahman..
Mudah-mudahan mak sentiasa berada disisiNya..Amin..

No comments:

Post a Comment