Tuesday, August 31, 2010

Medical Check Up

'Aiha perlu buat Medical Check Up dgn segera'..
itu arahan dari Puan Kerani..Kalau tidak gaji lambat masuk..terus je plan ngan Laila (housemate) untuk ke Poliklinik Peringgit..
Berat sebenarnya hendak ke tempat-tempat seperti itu..Ingat lagi, minggu lepas selepas pergi ke bazaar Ramadhan..Laila ajak ke Hospital Besar Melaka utk melawat bakal ayah mertuanya..Dalam perjalanan ke Hospital..aku tak berhenti-henti beristigfar..berdoa agar dikuatkan hati untuk menjejak kaki ke hospital..Hospital..byk kenangan aku ngan mak di hospital...Keluar sahaja dari kereta, kaki aku rasa bergetar..tapi aku tetap melangkah mengikut langkah rakan serumahku..masuk ke dalam lif..air mataku mula bergenang..aku hanya menundukkan kepala..berdoa di dalam hati..Ya ALLAH..kau tabahkanlah hatiku..sampai di wad..bersalaman dengan umi (bakal ibu mertua Laila) aku sudah rasa sebak..melangkah masuk ke dalam wad..terdengar bunyi mesin..melihat katil pesakit...air mataku terus mengalir membasahi pipi..Ya ALLAH..sungguh aku rindukan mak..sangat-sangat rindukan mak.aku minta kebenaran untuk tunggu di luar..mungkin mereka perasaan keadaan aku..mereka pun turut keluar..Air mata terus mengalir sambil aku tidak putus-putus beristigfar...aku tak mahu mereka melihat air mataku..tak mahu mereka risau akan diriku..tapi aku tak mampu...
kami berjumpa umi..cepat-cepat aku mengesat air mataku..berbual dengan umi yang merupakan guru besar SK. Duyong..dan bermain-main dengan cucunya yang sangat comel...

Maaf, aku cepat leka dengan perasaan aku..tak silap aku tadi aku bercerita tentang medical check up..
selepas balik sekolah..aku pulang ke rumah dahulu untuk solat dan kemudian ke SK. Bandar Hilir untuk mengambil Laila..dan seterusnya kami ke Poliklinik Peringgit..

Hari ini aku dan g-arn perlu membuat test untuk mata, urine, gigi dan x-ray..appointment yang seterusnya adalah pada 22 September nanti..Kami juga perlu ke Hospital Melaka untuk membuat morphine test. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar..cuma kesian pada Laila yang terpaksa menunggu lama sehingga tertidur..Apa pun..terima kasih ya Laila kerana sudi menemankan kami berdua..



Al-Fatihah utk bonda tercinta..Hjh. Tasinam bt. Hj. Abd. Rahman..
Mudah-mudahan mak sentiasa berada disisiNya..Amin..

No comments:

Post a Comment