Sunday, November 21, 2010

Cuti Deepavali

Cuti Deepavali..walaupun saya bercuti agak lewat daripada kawan serumah saya (mereka cuti awal sehari)..tapi saya tetap gembira..bercuti dan balik ke kampung adalah perkara yang menggembirakan saya..senyum*
Segala-galanya saya siapkan sebelum balik ke kampung..Biar saya dapat bercuti dengan tenang dan menghabiskan masa berkualiti saya bersama keluarga..

Hari Jumaat..saya betul-betul menjadi seorang ‘driver’. Apa tidaknya..Dari Pontian ke Kulai kemudian ke Kota Tinggi dan balik semula ke Pontian dan ke Tanjung Piai..Woahh…sangat letih..tapi seronok…sudah lama tidak menjejakkan kaki ke Kota Tinggi…Banyak yang sudah berubah..Di Kota Tinggi, melayan anak saudara saya yang hampir gila akibat ‘bershopping’..seronok saya melihatnya..tapi saya memang suka ‘shopping’ dengannya..perlu dapatkan pendapatnya untuk membeli sesuatu..hampir penuh bonet ‘lola’ diisi dengan hasil yang kami perolehi di Kota Tinggi..gelak*

Pada petang hari menghabiskan masa bersama keluarga bersiar-siar di Tanjung Piai..Niat dihati mahu menjejakkan kaki ke garisan penghujung benua Asia..tapi sudah tutup pula..apa tidaknya kami sampai di sana pada pukul 6:30 petang..gara-gara kakak saya menutup kedai lewat..gelak*

Tapi sempat juga kami mengambil gambar di sekitar Taman Negara Tanjung Piai itu..
Selepas solat magrib..kami ke Mandela..Mandela Seafood..sesiapa yang pergi ke Tanjung Piai jangan lupa singgah di Mandela..Mandela adalah sebuah tempat makan yang terkenal selain di Tanjung Piai Resort…
Fuhh..sampai di rumah..terus sahaja ‘bersiram’ dan ‘solat’…berbual dengan abah dan anak-anak saudara sambil menunggu MU vs Wolves…Akibat sangat letih…saya hampir terlelap samasa menyaksikan perlawan tersebut..mujur saya ditemani abah dan anak saudara saya dan tidak lupa juga kawan baik saya yang juga meminati MU (dan saya dapat lagi seorang kawan yang meminati MU, memang tak sangka) mendengar pendapat daripada abah, anak saudara, kawan baik saya thru SMS, dan seorang kawan lg thru FB, membuatkan saya tidak jadi terlelap..jika tidak saya pasti terlepas menyaksi 2 gol yang dijaringkan leh Park..tapi kalau saya terlelap semuanya disebabkan game yang kurang menarik pada malam itu dan ‘line man’ pada malam itu sangat lucu…gelak*

Hari sabtu, masa untuk saya menghabiskan masa bersama Lolavy kesayangan saya…pagi-pagi lagi sudah buat appointment dengan Perodua Service Centre tapi pada waktu petang barulah Lola kesayangan saya di’service’..Jadi pagi itu, saya isi masa saya dengan mengemas rumah, masak-masak dan melayan ‘Oneng’, kucing saya yang sangat manja..Siap m’service’ lola..it’s time to take a bath!!!!! 

Hari Ahad..memang sangat ‘bercinta’ mahu balik ke Melaka…plan mahu balik pukul 3 petang..bukannya apa tidak mahu sampai di Melaka malam..kakak pun dah menelefon agar bertolak awal takut jalan ‘jam’..tapi bila abah cakap ‘usu, dah pukul 3 ni’..’jap lah abah’..jawab saya sambil bermalas-malasan dengan ‘Oneng’..plan bertolak pukul 3 bertukar menjadi 5…delay 2 jam..ai..ai…lepas menziarahi pusara emak dan menunggu abah pulang dari Masjid..barulah saya bertolak ke Melaka..berkira-kira…dalam pukul 7 sudah sampai di Melaka..Tapi, belum sempat keluar dari tol Simpang Renggam..hujan turun dengan lebatnya..pehlihaan sangat terbatas..saya bagaikan mengemudi sebuah bot bila jalan raya dipenuhi air..saya ditemani hujan sepanjang perjalanan saya pulang ke Melaka..alhamdulillah saya sampai di Melaka pukul 7 lebih…

No comments:

Post a Comment