Ehem2…I’m back!!!
Lamanya x ‘berblog’..Maafkan saya blog kesayangan..Saya bersalah kerana mengabaikan kamu..
‘I’m so sorry’..
memang x ada alasan yg agak kukuh kenapa saya sudah lama tidak mencoretkan apa-apa di sini..Kadang-kadang, ‘sign in’ sahaja tapi tiada apa yang dicoretkan..hanya memandang blog dan akhirnya di’logout’..
Rasanya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan..
Salam Maal Hijrah untuk semua..
Saya menyambut tahun baru bersama-sama dengan warga kg di masjid di hadapan rumah saya..
Sayu saya rasakan..menitis air mata saya ketika sujud di rakaat terakhir ketika solat..
Rindunya saya pada mak..selalunya mak yang akan mengingatkan kami adik beradik untuk membaca doa awal dan akhir tahun..membaca yassin bersama-sama..memang sebak ketika itu..mujur sahaja saya berada di saf terakhir..melihat rakan-rakan mak menambah lagi kesedihan saya..
Ya ALLAH..kau tempatkan mak dalam kalangan orang beriman ya ALLAH..
Sesungguhnya kami amat menyayangi mak...Amin..
Sempat juga saya menghantar ‘sms’ kepada rakan-rakan saya..
Sebingkis doa untuk mereka di awal tahun..
'Kerana anda orang yang saya sayang, dengan lafaz bismillahirohmanirohim..
Ya, Allah..wanita/lelaki yg membaca ini ada wanita/lelaki solehah/soleh yang cantik/kacak, kuat & sabar.Sayangilah dia dan kasihilah dia. Tolong bantu tingkatkan kehidupannya, mudahkan rezekinya, sihatkan badannya. Jika dia melangkah, selamatkanlah dia, mudahkanlah langkahnya. Amin...'
Dan terima kasih juga kepada yg menghantar ‘sms’ kepada saya..
Seronok rasanya dapat ‘sms’ yg membina di tahun baru..
Terubat sedikit kesedihan saya..
Terima kasih...
No comments:
Post a Comment