Sunday, November 21, 2010

SchOol Trip

Lamanya tak b’blogging..bukannya apa, saya sangat sibuk..
(bunyinya sgt2 sibuk bukan..)

Bermula hari-hari sibuk saya selepas saya menjadi guru pengiring untuk ‘School Trip ke Cameron Highlands’..Pakej 2 hari 1 malam tanpa bayaran..memang menyeronokkan..Pertama kali mengikut ‘School Trip’ sebagai seorang guru..Saya nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan saya yang sanggup mendengar saya bercerita itu dan ini tentang pengalaman saya ini..senyum*



Macam-macam tempat kami lawati sepanjang lawatan ini..Udara yang nyaman..pemandangan yang indah..memang menarik..






Sebelum balik ke Melaka..rombongan kami singgah sebentar di Desa Waterpark..Lama tidak ke tempat itu..Jadi, apa lagi..saya sudah kelihatan seperti anak murid pula bila sudah ‘join’ anak-anak murid saya..Bukannya apa, 3 orang lagi guru pengiring perempuan adalah ustazah..Mula-mula, berkira-kira juga mahu membasahkan diri saya tapi atas ajakan anak-anak murid..saya pun turut serta..gelak*




Baru bertolak ke Melaka, Kak Chik dah menelefon saya..Katanya di Melaka..membeli  ‘souvenir’ untuk keluarga angkat anak saudara saya di Jepun..Katanya lagi ‘ Kak Chik tunggu usu..nak makan di Umbai’..Wah, menarik bunyinya..saya belum pernah ke sana..

Sampai sahaja di rumah, tidak sempat menukar pakaian..saya terus ke Umbai..walaupun sangat letih tapi sangat ‘layankan’ juga..sangat seronok bila dapat berjumpa mereka..Hampir pukul 12 baru saya pulang ke rumah..tapi tak boleh tidur terus..baju-baju di dalam beg perlu dibasuh dahulu..kalau tidak..berkulatlah mereka di dalam beg tu nanti…

Seronoknya dapat mengikuti school trip ini..sebabnya, saya lebih rapat dengan murid-murid dan guru-guru yang mengikuti rombongan ini…Seronoknya juga dapat berjumpa kakak kesayangan saya dan anak-anaknya…

No comments:

Post a Comment