Friday, December 31, 2010

Entri Terakhir 2010

Esok sudah bermulanya tahun baru..Maknanya entri ini adalah entri terakhir pada tahun ini..
Banyak perkara yang berlaku pada tahun ini..Dari seindah-indah peristiwa hinggalah sesedih kejadian..Dari berjumpa dengan ramai kenalan baru hinggalah saya kehilangan orang yang paling saya sayang di dunia ini..

Tapi itu semua lumrah hidup..Setiap kejadiaan saya pasti ada hikmahnya..Saya dalam proses untuk membina semula semangat baru..Sukar sebenarnya hari-hari yg saya lalui tanpa insan yang bernama 'emak'..Syukur saya dikelilingi orang yang amat menyayangi saya..Namun, kadang kala menitis juga air mata terkenangkan emak..teringin sangat diri ini memanggil nama emak dan memeluk erat tubuh emak..ingin mencium pipi dan tangan mak..ingin merasai masakan emak..ingin tidur bersama-sama emak..ingin bergelak ketawa bersama-sama emak..ingin berkongsi cerita dengan emak..ingin mendengar bebelan dan nasihat daripada emak..ingin mendengar suara emak mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran..dan macam-macam lagi perkara yang selalu kami lakukan bersama..rindu saya pada mak umpama ada lubang dihati yang takkan mungkin tercantum..sakitnya hanya saya yang rasai..Mak sentiasa berada dalam hati saya..Walaupun saya tersenyum..hakikatnya hati saya menangis..Mudah-mudahan saya akan terus tabah..

Alhamdulillah..banyak juga peristiwa baik yg berlaku dalam hidup saya pada tahun ini..Mudah-mudahan saya semakin dan terus cemerlang pada tahun hadapan..Amin...





Sunday, December 12, 2010

Rindu

Sedapnya asam pedas itu..
Saya makannya sampai menangis..
Teringat pada mak..
Anda mesti tidak dapat bayangkan betapa rindunya dan teringinnya saya ingin merasai masakan yg dimasak oleh seorang insan yag bergelar mak..sangat-sangat teringin..
Tapi bagaimana..
Ya ALLAH..tabahkan hati saya..

Ya, mungkin secara luaran saya kelihatan ‘ok’..
Tapi hakikatnya, semuanya masih berlegar-legar di kotak fikiran saya..
Terasa baru semalam mak pergi meninggalkan kami..
Ya, saya bukan orang yang suka berkongsi perasaan sedih..
Walaupun dengan keluarga sendiri..
Saya hanya suka berkongsi perkara yang menggembirakan..
Sebolehnya senyum dan berlagak gembira di hadapan mereka..
Mereka tidak perlu tahu perasaan sedih saya..;-(

Yup, masakan kakak saya memang terbaik..
Masakan kakak persis masakan mak..
‘She’s my iron chef’..
Saya mahu belajar memasak darinya..

Cuti Sekolah 2010

Pertama kali bercuti sekolah sebagai cikgu..
Hohoho..sgt teruja..
‘Seronok sebenarnya menjadi guru, cuti tapi gaji masih dapat..’
Itu yg diperkatakan oleh kawan-kawan saya..
Nikmati cuti kamu cikgu!!!..senyum*

Saya tidak merancang untuk kemana-mana..
Hanya ‘follow the flow’..
Spend time with family..ya, itu yang penting!!

Berulang-alik dari..
Johor – Melaka – Seremban – Bangi
Wah..Cuti saya banyak dihabiskan di atas jalan raya sebenarnya..hehehe..
Tapi tidak mengapa..yang penting orang disekeliling saya ‘happy’..
Jika penat boleh rehat bukan..senyum*

Cuti membolehkan saya ‘spend time’ bersama rakan-rakan juga..
Sempat juga saya melayan komen-komen di fb..
Ber’chatting’ di YM..
Membaca email saya yang sudah berjumlah 35,119 di ‘inbox’..(teruknya saya..)
Ber’sms’ dengan kawan-kawan..
Ya, ribuaan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi menemankan hari-hari cuti saya
dengan melayan ‘sms’ saya..Ya, kadang-kadang rasa sunyi bila berseorangan di rumah..

Perlu gunakan cuti ini sebaiknya..
Tahun depan adalah tahun bekerja keras..
Mahu fokus pada kerja...
Mahu ‘saving’ duit gaji sebanyak yg mungkin..
Banyak yang ingin dilakukan pada tahun hadapan..senyum lebar*
Mesti tiada masa nak ‘say’ hi pada mereka nanti..

Salam Maal Hijrah

Ehem2…I’m back!!!
Lamanya x ‘berblog’..Maafkan saya blog kesayangan..Saya bersalah kerana mengabaikan kamu..
‘I’m so sorry’..
memang x ada alasan yg agak kukuh kenapa saya sudah lama tidak mencoretkan apa-apa di sini..Kadang-kadang, ‘sign in’ sahaja tapi tiada apa yang dicoretkan..hanya memandang blog dan akhirnya di’logout’..

Rasanya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan..
Salam Maal Hijrah untuk semua..
Saya menyambut tahun baru bersama-sama dengan warga kg di masjid di hadapan rumah saya..
Sayu saya rasakan..menitis air mata saya ketika sujud di rakaat terakhir ketika solat..
Rindunya saya pada mak..selalunya mak yang akan mengingatkan kami adik beradik untuk membaca doa awal dan akhir tahun..membaca yassin bersama-sama..memang sebak ketika itu..mujur sahaja saya berada di saf terakhir..melihat rakan-rakan mak menambah lagi kesedihan saya..
Ya ALLAH..kau tempatkan mak dalam kalangan orang beriman ya ALLAH..
Sesungguhnya kami amat menyayangi mak...Amin..

Sempat juga saya menghantar ‘sms’ kepada rakan-rakan saya..
Sebingkis doa untuk mereka di awal tahun..

'Kerana anda orang yang saya sayang, dengan lafaz bismillahirohmanirohim..
Ya, Allah..wanita/lelaki yg membaca ini ada wanita/lelaki solehah/soleh yang cantik/kacak, kuat & sabar.Sayangilah dia dan kasihilah dia. Tolong bantu tingkatkan kehidupannya, mudahkan rezekinya, sihatkan badannya. Jika dia melangkah, selamatkanlah dia, mudahkanlah langkahnya. Amin...'

Dan terima kasih juga kepada yg menghantar ‘sms’ kepada saya..
Seronok rasanya dapat ‘sms’ yg membina di tahun baru..
Terubat sedikit kesedihan saya..
Terima kasih...